Lagi-lagi Pasal PTPTN

Nak PTPTN atau tak nak PTPTN? Isu ini sudah lama berada dalam berita sejak beberapa minggu yang lalu.


Ada orang cakap bila dah dapat PTPTN, ia akan disalahgunakan. Ye ke? Ada pelajar-pelajar menggunakan wang itu untuk membeli barangan yang BUKAN untuk kegunaan persekolahan mereka. Kira stended la tu, biar papa asal bergaya. PHUIK~! Bila x dapat bayar cakap PTPTN along ler apa la. Apa punya mentaliti la dorg ni? Ini dah kes terlalu manja.

Bila tak dapat PTPTN maka orang mula lah bising konon ramai  pelajar-pelajar Malaysia tidak mampu mendapat pendidikan di peringkat lebih tinggi. Begitu ke?

Bagi aku perkara yang penting sekali adalah sistem PTPTN nih terutama di jabatan yang in charge dalam pungutan pinjaman. Yelah, PTPTN memberi pinjaman tetapi tidak mempunyai satu sistem pungutan pinjaman yang cun pun selama ini. Lawaking tul la. Duit yang dibagi dah sampai berbilion-bilion. Wow! Tetapi tiada siapa pun berminat untuk mendapatkannya kembali. Wadahel la.

Sekarang ni terdapat ramai plak orang yang menyokong pandangan Pembangkang bahawa pendidikan, sehingga ke peringkat tertiari, harus menjadi PERCUMA untuk setiap rakyat Malaysia. Tetapi malam tadi ada plak kawan chatting aku lam mirc memberitahu bahawa sepatutnya mereka ni jangan la berkempen untuk pendidikan percuma tetapi berkempenlah untuk PENDIDIKAN YANG BERKUALITI. Jika kualiti pendidikan mcm sampah nak buat apa? Bagi korang percuma pun korang tak nak, betul? Tapi yang kanina tul, itu la yang sedang berlaku sekarang. So cheap!


P.S : Semua nak free~!





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak Join List BW Jebon Tak?

Geng -geng Jebon