Mari Mengenali Defisit Malaysia

Tahukah anda apa itu Defisit? Benda ni secara umumnya bolehlah dikatakan kekurangan dalam kewangan. Defisit biasa terjadi ketika sesebuah negara memiliki pengeluaran lebih banyak daripada penghasilan. Semua negara mengalami defisit. Ini adalah perkara biasa.

Fast foward pula ke defisit negara kita Malaysia yang makmur lagi aman. Malaysia telah mengalami defisit sebanyak 41 kali (41 tahun), dari tahun 1970 hingga 2013. So mengikut statistik 2011 yang dibuat oleh Bank Dunia, kadar defisit Belanjawan Malaysia ialah 4.5 peratus daripada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar). Tak la tinggi sangat. Negara-negara lain lagi tinggi defisitnya kebanyakan dari Afrika dan China serta India dalam Asia. Negara-negara lain yang lebih rendah kadar defisitnya pula adalah seperti Indonesia (1.2 peratus), Singapura (1.3 peratus), Korea Selatan (1.5 peratus), Thailand (1.5 peratus) Taiwan (2.3 peratus) dan Vietnam ( 2.6 peratus). Tak la tinggi sangat kan?

Ada dua sebab kenapa defisit bertambah. Firstly, sudah menjadi kebiasaan kerajaan mengadakan Belanjawan Tambahan dan jikalau jumlah pendapatan negara tidak dapat menghambat jumlah perbelanjaan, so up lagi defisit. Hehehhe.

Keduanya pula adalah kos projek-projek tertentu yang lebih tinggi daripada anggaran awal atau jaaaauuuhhh lebih besar daripada yang sewajarnya. Sebenarnya ada banyak contoh tapi ayuh kita lihat enam projek-projek yang terkenal sahaja.

1. Kenderaan RIMV dibeli dengan harga tiga kali ganda harga sewajarnya. Wow.

2. Alat AES dibeli dengan harga 10 kali ganda harga di Amerika. Niceee.

3. Jalan sepanjang 0.9 km dari Yayasan ke DUN Sabah berharga RM14.9 juta. Slendid.

4. Istana yang mula-mula dianggar RM500 juta akhirnya meningkat kepada kira-kira RM1 bilion. Amazing..

5. Harga RM3.8 bilion untuk kapal selam Scorpene yang dibayar Malaysia lebih tinggi daripada yang dibayar oleh India (RM2.8 bilion) dan Chile (RM2.0 bilion).. hmmm

6. Metroline 50 km yang hendak dibina dianggar berharga RM50 billion, berbanding dengan yang di Houangzhou (China) sepanjang 48Km tetapi berharga hanya RM11.8 bilion.. yes

So itu dia 6 projek Malaysia yang terkenal. Sekarang mari kita lihat cara-cara untuk mengurangkan defisit negara kita yek. Cara senang saja... potong subsidi minyak....up lagi minyak. Senangkan? Oh yeahhh!


P.S ~ Memang begitu...

3 comments:

  1. hoho tu baru sikit tu.ai kalau nak citer memacam lagi ada :D

    ReplyDelete
  2. masa belaja dulu selalu ada perkataan deficit

    ReplyDelete
  3. izin share ya admin :)
    buruan gabung bersama kami,aman dan terpercaya
    ayuk... daftar, main dan menangkan
    Line : agen365
    WA : +855 87781483 :)
    Silakan di add ya contaknya dan Bergabung juga ya :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak Join List BW Jebon Tak?

Geng -geng Jebon