Nenek Cakap Kita Nub


Masalah dengan anak-anak muda hari ini adalah mereka terlalu lembut. Maksudnya weak, nuk, noob, loser dan seangkatan dengannya. Bukan aku cakap. Ni nenek yang cakap okay. Nenek aku ini tiap kali menjelang malam dan time nak masuk tidur..tak pernah miss dia bebel..Semua isi rumah diam bila dia bebel..Kalau boleh semua benda dia nak bebel..Ada sekali dia bebel pasal generasi kita aritu..tapi biarlah aku tulis guna ayat aku sendiri boleh??


Nenek cakap zaman dia dulu, time muda la tu. Dorang memang tuff giler. "Kami kuat kerja , sihat dan keras macam batu." Katanya generasi sekarang terlalu dimanjakan oleh keadaan, ibubapa yang nub, cikgu yang nub dan ofkos kerajaan yang nub. Semua ada dan tersedia.

Nenek cakap mereka terpaksa hidup macam tu. Kalau tak buat gitu takde la makan. Manade ruang untuk main-main di cyber, lepak-lepak ke, tengok wayang ke dan lain-lain kegiatan remaja menghabiskan harta ibubapa untuk kegiatan yang cuma memuaskan hati diri sendiri dan kawan-kawan yang tak gune. Bila dah dapat duit, dah lupa la jasa ibubapa mencari duit. Satu keringat ibu..atau bapa jatuh ke bumi membanting tulang cari pendapatan korang boleh bayar ke? 

Tetapi anak-anak muda hari ini? Mereka lemah..lembik. Semua bertapak tangan montok dan lembut. Susah nak jumpa yang tapak tangan kasar. Mereka tidak faham erti pengorbanan dan kerja keras. Bagi mereka, pengorbanan ialah terpaksa makan kfc spicy sebab takde original, terpaksa berzina dengan kondom unflavored atau terpaksa naik bas sebab teksi takde. Lagi-lagi sikap sifat manja dan menjilat ibu bapa itu akan terbawa-bawa hingga ke alam pekerjaan. Pasal tu la kita nampak ramai penjilat di luat sana. Dari ground floor sampai la ke top floor, bermacam penjilat.

Satu problem lagi, bebudak sekarang beremosi lembut juga. Hati tisu. Baru kritik sikit dah tacing nak mampus. Bagi generasi kita, nenek cakap, kritikan ini dianggap satu bentuk penderaan dan bukannya diambil sebagai motivasi untuk membina diri. Tak macam mereka time dulu-duluuuuu... 

Hmm.. bila difikir-fikirkan, ada betulnya cakap nenek aku tu...tapi dulu lain sekarang lain kan? Kbai..




2 comments:

  1. Pengen yang lebih seru ...
    Ayo kunjungi www.asianbet77.com
    Buktikan sendiri ..

    Real Play = Real Money

    - Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
    - Bonus Mixparlay .
    - Bonus Tangkasnet setiap hari .
    - New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
    - Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
    - Cash Back up to 10 % .
    - Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

    untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
    - YM : op1_asianbet77@yahoo.com
    - EMAIL : asianbet77@yahoo.com
    - WHATSAPP : +63 905 213 7234
    - WECHAT : asianbet_77
    - SMS CENTER : +63 905 209 8162
    - PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

    Salam Admin ,
    http://asianbet77.com/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak Join List BW Jebon Tak?

Geng -geng Jebon