Ya! Betul la... Bagi Jebon, malas nih sememangnya sejenis penyakit. Sejenis penyakit berbahaya yang boleh menjangkiti semua orang. Sekali korang terkena penyakit nih, memang susah nak sembuh. Ada banyak cara sembuh dari penyakit malas nih. Penyakit Malas nih dapat dikalahkan, jangan la risau. Tetapi dengan syarat kita kena ubah sesuatu dalam cara kita berfikir. Mindset kita la katakan.
Korang tau tak salah satu cara untuk melawan penyakit Malas ni ialah mendapatkan lebih banyak tidur. Ramai orang yang terus-menerus kurang tidur, kerana dorang tidur terlalu lewat lepas tuh bangun terlalu awal pulak untuk pi bekerja atau sekolah. Orang yang kurang tidur ni selalunya mengeluarkan semua power mereka di tempat kerja pastu bila tiba di rumah, dorang dah takde power dah. Dah malas dah buat keje-keje di rumah. Oleh itu, dengan menyesuaikan jadual tidur, korang boleh melawan Penyakit Malas nih sepanjang hari.
Cara lain untuk melawan Penyakit Malas ialah dengan mengubah mindset korang dari pasif menjadi aktif. Adakah korang menganggap kehidupan korang sebagai kehidupan yang biasa dan tak ada bezanya dengan kehidupan orang lain? Terpaksa bekerja untuk hidup? Terpaksa pergi sekolah untuk belajar? Sama seperti orang lain? Adakah anda tidak lagi merasa bertanggungjawab atas kehidupan anda sendiri kerana asyik bertanggungjawap atas keperluan orang lain jer? Malas cuci kasut sekolah sebab ade kakak tolong buat? Malas buat keje sekolah sebab ada kawan boleh tolong tirukan? Malas pi tapau makan sebab ade kawan yang kuar lunch, boleh la minta tolong tapau, kan?
Ubahlah mindset ini. Bila kita malas, kita akan tambahkan beban kepada orang di sekitar kita. Cuba bayangkan diri anda seorang Boss kepada syarikat yang terbesar di dunia. Paling senang, bayangkan yang korang ni Donald Trump. Orang kate jadi la burung helang...jangan jadi burung pipit yang jadi makanan helang. Bergaul lah dengan orang-orang yang berjaya dan bermotivasi.
Ade orang melawan kemalasan dorang dengan menghapuskan 'godaan-godaan' di sekeliling mereka. Ada banyak contoh godaan. Sebuah televisyen di ruang tamu juga dapat mempromosikan kemalasan. Video game ker (Dota, Playstation, dll). Cuba korang buat sistem reward untuk diri sendiri. Selesaikan sejumlah tugas dan hadiahkan diri korang dengan makan malam gourmet ke? Shopping ke? Apa-apa je yang korang suke.
Penyakit Malas ni amat mudah berjangkit. So berhati-hati lah. Jadilah orang pertama yang mengumpul dan mencuci pinggan selepas makan. Jangan biarkan beg sampah di rumah terkumpul hingga lebih dari satu plastik. Lap meja selepas makan. Percayalah, orang yang melihat akan mengikuti teladan korang dan akan melakukan tugas mereka sendiri. Sukar untuk malas bila dikelilingi oleh orang-orang yang motivated kan? :D
Akhir sekali, cuba buat senaman-senaman yang dapat membantu anda melawan kemalasan. Senaman dan diet yang tepat memang dapat meningkatkan tahap metabolisma tubuh dan stamina. Bila tubuh korang sihat dan mantap, baik pada pandangan diri sendiri ataupun orang lain, korang akan rasa lebih gembira dan yakin.
Kalau ada masa terluang tu, pergi la ke gym. Gym mahal ker? Tak la mahal. Bila dah slim dan mantap, mindset pun akan jadi mantap. Percaya lah, memang besar perbezaannya dengan hidup korang sebelum nih. Bak kata-kata Dr.Rozmey, KURUSLAH~!
P.S : Sape penah malas bercinta?
kalau dah senam2 pun malas gak ? hekhek ;p
ReplyDeletemalas bercinta ?? saya saya ^_^Y
hahahaha :D
erm.mindset tu penting kot.barulah penyakit malas tu dpt dihapuskan.
ReplyDeletemcm kanser,kita set mindset yg penyakit tu blh dihapuskan dgn adanya research utk mendptkan penawarnye.mcm malas juga.kita kena yakin yg kita blh buang sikap ni dgn fokus kan minda kita utk sesuatu kerja.cth kalau student,fokus utk dptkan pointer 3.5 above.mcm tu lah kot. :)
malas bercinta?erm.part ni ramai kot yg rajin walaupun selalu dikecewakan.hehe :)
Ari2 malas kat opis...huhuuuu
ReplyDeleteari2 malas,,,kalau malas tdo,,ngee :)
ReplyDeletehahaha....stuju sgt2....kdng2 tue,smpai trlmpau mls plak...
ReplyDeletesalam tuan blog jom join Bloglist nie untuk kumpul pengikut ok
ReplyDeletehttp://www.dunialelakimaskulin.com/2011/04/bloglist-1-bulan-bersama.html
setuju dengan ariff
ReplyDelete