Kawalan Minda

Percaya atau tidak, sebenarnya fikiran kita semua telah pun dikawal tanpa disedari, malahan kita gembira dikawal. Pengawal fikiran yang paling hebat di dunia adalah ibu bapa, tetapi merekalah juga yang paling merosakkan

Bagi Jebon, tiada siapa dilahirkan prejudis, neurotik, atau gila-gila macam kawan-kawan Jebon di sekolah, atau ciri-ciri orang-orang memerlukan bantuan macam pengetua sekolah Jebon. Of course lah, ibu bapa tidak sengaja merosakkan anak-anak mereka. Mereka kan cuma melakukan apa yang dirasakan penting dan berguna kepada anak-anak mereka. Seperti yang diprogram oleh datuk nenek kita kat mereka.

Harus diingat, kanak-kanak ni bagaikan komputer kecil yang menunggu untuk diprogram dan mereka akan belajar apa sahaja yang telah diajar dari tatabahasa yang tidak baik kepada sifat-sifat buruk. Seperti komputer juga, mereka tidak mempunyai cara untuk membezakan antara idea-idea yang baik dan yang buruk. Jebon pernah lihat sekali, seorang ayah memarahi anaknya kerana merokok dan bahaya merokok, tetapi yang hampa betol, dia sendiri pun merokok juga. Salah budak tu ke? Atau salah bapak dia? See..

Semua progamming minda yang penting selalunya selesai pada usia tujuh tahun. Program-program seperti sifat perkauman, seksual, etika, agama, patriotik. Bila dah ditetapkan, anak-anak pun dilepaskan mengikut kawalan minda yang telah ditetapkan. Inilah maksud Jebon dengan kawalan minda. So memang betul lah manusia ni memerlukan kawalan minda. Mereka amat gembira dikawal. Mereka akan kehilangan punca tanpa dikawal. 

Sehingga kini pun, manusia masih cuba untuk menyelesaikan masalah paling besar di dunia hari ini. Keganasan yang tidak terkawal. Adakah ini hasil daripada minda yang bebas dan tidak dikawal? Habis tu? Mana yang lebih baik? Kawalan minda? Atau minda yang bebas?


P.S: !@#$% ERROR!@#$%ERROR!@#$% Sama ada mereka mengawal kita atau kita mengawal mereka - inilah undang-undang dunia!

3 comments:

  1. All you’ve got to do is Buddy Up with as many friends as possible to walk away with fantastic prizes worth more than RM55,000. The more buddies you have, the greater your chances of being rewarded. So don’t wait, you’ve only got till 4 December 2011. Buddy Up now!

    ReplyDelete
  2. Connect at the speed of now with BBM™, and enjoy BlackBerry® offers today with smartphones starting from MYR 799

    ReplyDelete
  3. Very great post. I simply stumbled upon your blog and wanted to say that I have really enjoyed browsing your weblog posts. After all I’ll be subscribing on your feed and I am hoping you write again very soon!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak Join List BW Jebon Tak?

Geng -geng Jebon