Bagaimana Nak Mengurat Awek Jual Mahal?

Pernahkah anda berada di suatu situasi di mana anda dan satu atau dua kawan berada di sebuah majlis. Di majlis pula ada sekumpulan gadis dan anda syok plak kat salah seorang awek dalam kumpulan tu. Masalahnya plak, awek tu jual mahal kat anda. Of kos la dia tersenyum dan berbual dengan baik dan sopan, tapi tidak banyak membalas atau komen kat anda, sementara kawan-kawan perempuan dia pula jauh lebih menyenangkan dan menggoda.

Don't worry la. Sebenarnya bukannya awek tu tak suka kat anda. Relax la. Seseorang awek tu tertarik atau tidak kat seseorang tu bergantung kepada psikologi dan kedudukan sosial seseorang lelaki itu. Ekceli, apabila anda menunjukkan yang anda berminat pada seorang awek cun, anda secara tidak langsung mencabar ego dan rasa harga diri awek tu. Dia tahu anda telah memilih dan tertarik padanya. Dia sebenarnya suka apabila anda tertarik dengannya. Namun, dia juga tahu bahawa jika dia bertindak balas dan terus melayan anda, dia akan kehilangan nilai cool dia di hadapan kawan-kawannya. So pasal tu la dia maintain menjual mahal.

Tak susah sangat la nak settle situasi begini.. Anda hanya perlu membalikkan psikologi (reverse psychology) awek tu dengan mengalihkan perhatian anda pada kawan-kawanya yang kurang cantik. Apabila anda memberi rakan-rakannya lebih banyak perhatian dan gurauan, secara otomatik anda mencabar ego awek tu sebab dia kan rasa dia yang paling hot di situ. Jadi, untuk menjaga kedudukannya yang paling cun dan hot dalam kumpulan itu, dia akan cuba untuk menarik perhatian anda kembali. Sudah tentu lah ini yang anda mahu kan? 

1. Gunakan renungan mata yang tajam ketika bercakap dengan semua gadis-gadis. Namun, ketika anda sedang bercakap dengan awek yang anda minat itu, sesekali melirik ke salah seorang kawannya dan memberikan senyum kecil sebelum melihat kembali ke awek tu. Ini akan membuat awek tu rasa ingin bertanding dengan kawan-kawannya (tanpa disedarinya) dan akan membuat dia ingin berjuang untuk perhatian anda. Yes~! :)

2. Lebihkan bergurau dengan kawan-kawannya berbanding awek itu.

3. Ketika duduk (atau berdiri), lebihkan mengadap ke arah salah satu temannya lebih daripada dia.

Ingatlah! Apabila awek tu dah tertarik dengan anda, kini terpulang kepada anda untuk bagaimana menguruskan hubungan anda dengan awek tu. Wei...takkan itu pun nak ajar beb :)


P.S : Tips ape lagi yang best yer?

6 comments:

  1. so cute :)

    ni mst selalu praktik kan ?

    ReplyDelete
  2. Learn How To Save Money While Travelling

    ReplyDelete
  3. The Closest Casino Hotels to Marrakech River in Arizona
    Marrakech River Resort & 오산 출장마사지 Casino, 포항 출장마사지 Marrakech River Casino From easy access to hotels, 영주 출장샵 the only casino in the country where you 고양 출장마사지 can play, you're sure to 대전광역 출장샵

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak Join List BW Jebon Tak?

Geng -geng Jebon