Tips Usha Awek Yang Anda Tak Kenal Dan Buat Dia Fikir Anda Hot Giler

Perkara pertama yang anda kene buat ialah... latihan..latihan..dan latihan. Ada satu tempat yang sesuai untuk buat latihan usha mengusha nih. Jom ikut Jebon gi shopping kompleks. Okay class bermula!


Langkah 1

Pi window shopping di sekitar shopping kompleks. Kalau anda menangkap mata seorang awek, senyum la padanya. Senyum saja taw. Ingat! Ini cuma latihan. Okay. Selalunya, awek tu akan tersenyum kembali kat anda. Anda boleh cuba mulakan latihan ini dengan pekerja kedai. Satu perkara tentang awek yang anda perlu tau. Kalau dia takde mood senyum pun,  mungkin dia akan membalas senyuman. Lagipun, ini adalah satu amalan yang baik, anda bahkan mungkin telah berjaya menceriakan hidup beberapa orang awek. Hehe..

Langkah 2  

Bila anda dah komfiden dengan latihan senyuman dengan shop-shop assistant, anda boleh pi try senyum ke awek-awek lain pulak yang ada dalam shopping kompleks tu. Sila jangan buat senyuman yang aneh-aneh, menyeringai ke ape. Senyum ramah dan natural dah cukup. Komfem ramai awek akan tersenyum kembali kat anda. Tapi sekali lagi Jebon ingatkan! Ini cuma latihan! Jangan usha dulu.

Langkah 3

Okay! Langkah nih mungkin ade sedikit aneh, tapi ianya benar-benar boleh membantu anda. Buat langkah ini berkali-kali untuk membina komfiden anda. Katakan "hi" sambil senyum pada awek (atau lelaki jika anda suka). Amacam? Ada bran? Of kos lah, memang menakutkan pada awalnya jika anda tidak yakin namun perlahan, selepas satu atau dua jam (atau 1 hari, atau 1 minggu, bergantung kepada orang), semuanya akan nampak mudah.

Selepas anda tersenyum dan berkata hi ke 20 atau 30 awek, anda sepatutnya  mulai merasa best dan hebat, bukan? Asalkan anda tidak berhenti pada respon negatif pertama anda. Hal ini selalu terjadi dan akan terjadi lagi apabila anda mendekati awek. Relax la. Takde benda yang takde risiko. Takkan nak main senang dan selesa jer bro. Anda HARUS belajar untuk melangkah keluar dari zon keselesaan anda jika anda ingin berjaya dalam bab usha mengusha awek nih.

Salah satu kawan Jebon melakukan teknik "tersenyum pada awek di shopping kompleks" dan dia benar-benar bertemu dengan awek idaman dan setakat ni dorang masih lagi bersama walaupun banyak drama. Hehe! 


P.S : Jebon fikir tempat yang terbaik untuk mengusha awek ialah di tempat di mana anda tidak bersaing dengan lelaki yang lain.


5 comments:

  1. hahaa..aq suka part no 3!! aq xpyh tggu nk usya org, xknl pn kdg2 aq tego je,,, hehee..

    ReplyDelete
  2. Sebaik-baik tempat usha adalah di luar masjid atau tempat/tempat majlis ilmu...sebab kalau nak cari pasangan hidup niatkan serta usahakan cari yang solehah...

    ReplyDelete
  3. ahaha..
    kalau aku org tetiba hi smbil tersengeh2 ni ak lari..

    ow patut la aku menyingle smpai skang.
    mknanya ak ptut layan la kan.ahahah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak Join List BW Jebon Tak?

Geng -geng Jebon