Teknik Mengurat 3 Saat

Ada banyak teknik lain yang boleh anda lakukan untuk membina rasa konfiden anda. Tak la menakutkan sangat seperti Teknik Senyum tu.


Mari Jebon misalkan satu senario di mana ade dua awek cun melecun tahap gaban duduk bersama di McD, Kepsi atau mana-mana je la. Anda pun tertarik pada salah sorang awek tu dan ingin mengenalnya lebih dekat. Apakah yang akan anda buat?

Sebenarnya mudah jer. Caranya begini. Sebaik sahaja anda ternampak awek-awek tu, pergi terus ke tempat mereka dan bercakap dengan mereka. Jangan buang masa. Dalam 3 saat dari melihat mereka, terus dekati mereka. Ada orang memanggil teknik nih Teknik Mengurat 3 Saat.

Sebenarnya adalah lebih baik anda tidak berfikir terlalu banyak tentang pendekatan anda, kalau tak pendekatan anda tidak akan berkesan, tidak akan kelihatan natural atau pun anda akan menjadi kecut perut! Just do it la hehe!

Satu benda penting yang Jebon nak cakap sini, please please la dekati seseorang perempuan itu dari tepi atau dari depan! Jangan sesekali mendekati seseorang awek tu dari belakang - PENTING! Cume penyamun je buat gitu u know.

Ingat ni wahai jejaka-jejaka sekalian, dengan membuat pendekatan dari belakang, anda secara otomatik akan mendapat respon negatif. Awek-awek tu akan menjadi defensif terhadap anda. Bayangkan jer, tetamu datang masuk rumah gune pintu belakang. Jangan la main pintu belakang k..tak baik. So, buat la pendekatan dari tepi atau depan ...biarkan awek tu nampak anda datang. Perut tu masuk skit. Macam hero hindustan, siap-siapa adjust rambut lagi ngan tangan.


P.S : Just do it hehehe

3 comments:

  1. masuk dr blkg..kedengaran kepelikan plak.. hahah..

    ReplyDelete
  2. ooowwwww.... boleh suggest kt mmber2 nie.. wuahahaa...

    ReplyDelete
  3. haha...boleh cube saper yg berani :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak Join List BW Jebon Tak?

Geng -geng Jebon