Cara Menjadi Lelaki Alfa Yang Sentiasa Mendapat Awek

Percayakah anda kalau Jebon kate lelaki yang tidak mudah dimanipulasi oleh perempuan (kadang-kadang membingungkan, menjengkelkan bahkan kasar perilaku) sentiasa membuatkan perempuan merasa amat tertarik?

Seorang lelaki alfa yang dominan secara tidak langsung menjadi menarik bagi wanita dimana-mana pun. Sikap mereka santai, tenang, cool....relax...

Lelaki alfa yang dominan akan sentiasa tenang dalam menghadapi kemarahan wanita. Mereka tidak membiarkan apa pun menggerakan mereka. Mereka membiarkan sahaja hinaan yang dilemparkan oleh kaum perempuan. Mereka tidak bertindak balas dengan cara yang sama seperti seorang lelaki biasa. Sering kali, lelaki seperti ini amat memahami perangai kaum perempuan, dan anda akan melihat senyum licik di wajahnya.

Cuba ambil contoh watak James Bond. Dia tetap cool. Apapun James Bond lakukan, dia akan lakukan dengan senyuman atau senyuman sarkastik. Ramai perempuan tidak boleh menahan diri berada di sekitar lelaki yang bersikap begini. Memang sukar untuk menahan diri dekat seorang lelaki yang teguh dan membuatnya merasa seperti seorang wanita sejati. Seorang lelaki yang percaya pada kemampuan dirinya dan ambik cool tentang semuanya.

So guys, apabila anda dah pandai dalam hal ini, wanita akan menggunakan berbagai jenis cara sama ada sedar atau tanpa sedar, mengumpan anda bereaksi terhadap mereka... untuk menguji bagaimana anda bertindak balas ... untuk check sama ada anda ni real atau tak. (Ini dipanggil Taktik Ujian. Sering digunakan oleh perempuan secara berkumpulan, so hati-hati lah. Hehehe...)

Sebenarnya, senang sahaja bagi anda gunakan cara-cara seperti mengabaikan semua perbualan yang bertujuan untuk mengumpan anda ke dalam perdebatan. Anda harus berada dalam penuh kawalan pada saat ini. Ini bukan tentang siapa yang benar atau salah. Kalau umpanan mereka dah keluar dari batas, anda harus mengarahkan mereka ke arah yang benar dengan reaksi anda....dan itu akan membuatkan anda kelihatan semakin cool.


P.S : Nak jadi seperti Desperado~!

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak Join List BW Jebon Tak?

Geng -geng Jebon